Nyatakan tindakan yang perlu dibuat sekiranya berlaku kehilangan Aset Alih


i. Melaporkan kehilangan
Apabila terdapat apa-apa kehilangan aset Kerajaan/ Universiti, Tindakan yang perlu diambil adalah seperti berikut:

  • Pegawai yang mengetahui kehilangan hendaklah melaporkannya kepada Ketua Jabatan dengan serta merta; dan
  • Ketua Jabatan atau pegawai yang bertanggungjawab ke atas kehilangan atau yang menjaga aset atau yang mengetahui kehilangan berlaku, hendaklah melaporkan kepada Polis dalam tempoh dua puluh empat (24) jam dari waktu kehilangan diketahui.
  • Selepas laporan dibuat, adalah menjadi kewajipan Ketua PTJ untuk membuat laporan kepada Naib Canselor dengan satu salinan kepada Bendahari.

ii. Laporan Awal (KEW.PA-28)

  • Ketua bagi sesuatu PTJ di mana sesuatu kehilangan telah berlaku hendaklah menghantar laporan awal kehilangan dan salinan laporan polis terus kepada Naib Canselor dan Pengarah Keselamatan dalam tempoh dua (2) hari bekerja.
  • Salinan laporan itu hendaklah dihantar kepada Bendahari dan Ketua Audit dalam.

iii. Laporan Akhir (KEW.PA-30)

  • Selepas menerima laporan awal, Naib Canselor akan melantik Pegawai Keselamatan atau menubuhkan satu Jawatankuasa untuk menyiasat kehilangan itu. Pihak yang dilantik hendaklah terdiri daripada pegawai yang tidak terlibat secara langsung dengan kehilangan itu.
  • Laporan akhir yang lengkap yang mengandungi hasil penyiasatan, dan satu Salinan laporan polis yang lengkap serta satu ringkasan pembicaraan mahkamah (jika berkaitan) hendaklah dihantar kepada Setiausaha Jawatankuasa Kehilangan Dan Hapuskira dalam tempoh dua (2) bulan dari Tarikh laporan awal dikemukakan walaupun laporan hasil penyiasatan polis masih belum lagi diperolehi.

iv. Jawatankuasa Kehilangan Dan Hapuskira hendaklah meneliti laporan dan membuat keputusan mengenai sesuatu kehilangan atau mengemukakan syor-syor tindakan kepada Naib Canselor untuk ulasannya.

Attached files: HEBAHAN BENDAHARI BIL 2 TAHUN 2021 - HEBAHAN SEMULA PEMATUHAN SURAT PEKE....pdf, SPB Bil 3 Tahun 2014.pdf

2021-11-17 10:12 Procurement Admin {writeRevision}
Average rating: 0 (0 Votes)

You cannot comment on this entry