Bolehkan bayaran dibuat kepada syarikat selepas SST dikeluarkan tetapi sebelum dokumen kontrak ditandatangani?


Untuk perolehan Kerja, bayaran kemajuan sehingga 3 kali dalam tempoh 4 bulan pertama selepas keluarnya SST dan sebelum kontrak formal ditandatangani boleh dibuat.  

Untuk Bekalan & Perkhidmatan Bukan Perunding, bayaran hanya boleh dibuat bagi kontrak bermasa tertakluk kepada syarat-syarat berikut:-  

  1. Tempoh kontrak melebihi 4 bulan dan ke atas; dan
  2. Bayaran berkala sehingga 3 kali dalam tempoh 4 bulan pertama selepas keluarnya SST dan sebelum kontrak formal ditandatangani. Walau bagaimanapun, terdapat syarat-syarat lain sebelum pegawai pembayar boleh memproses bayaran tersebut.  
2021-11-17 10:59 Procurement Admin {writeRevision}
Average rating: 0 (0 Votes)

You cannot comment on this entry