Berapakah nilai Bon Pelaksanaan yang dikenakan?


Bagi kontrak bekalan dan perkhidmatan, syarikat hendaklah mengemukakan Bon Pelaksanaan yang nilainya adalah seperti berikut:-  

  1. 2.5% daripada jumlah harga kontrak yang bernilai kurang RM500,000.00;  
  2. 5% daripada jumlah harga kontrak yang bernilai melebihi RM500,000.00; dan  
  3. Bagi kontrak bermasa yang berkuatkuasa dalam tempoh 2 tahun atau lebih, peratus dan pengiraan hendaklah dikira mengikut anggaran kontrak setahun sahaja.

Walau bagaimanapun, Bon Pelaksanaan yang dikemukakan oleh syarikat hendaklah meliputi keseluruhan tempoh kontrak bermasa.  

Bagi kontrak kerja yang bernilai RM50,000.00 ke atas, kontraktor hendaklah mengemukakan Bon Pelaksanaan sebanyak 5% daripada jumlah harga kontrak.

2021-11-17 11:03 Procurement Admin {writeRevision}
Average rating: 0 (0 Votes)

You cannot comment on this entry